Thursday, April 26, 2012

Madu Penawar Bagi Manusia

Posted by rahman on 8:21 PM 0 comments

Makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir (Surah Al-Nahl 16:69)
Continue...


Spesis Gemat Emas Adalah Penawar

Posted by rahman on 8:16 PM 0 comments

gamat emas
Gamat juga mempunyai khasiat yang tinggi dan tidak mengandungi kolestrol. Ia mengandungi lebih daripada 50 jenis nutriens seperti protein, lemak, gula, vitamin B1, B2, asid nikotinik, kalsium fosfat, zat besi, iodin, vanadium, zink, kalium, kromium, asid benzoid, kondrotin sulfat, asik mukopolisakarida. Kandungan protein dalam bentuk asid-asid amino seperti arginina, sistina dan histina adalah amat diperlukan untuk badan kita kerana merupakan asas kepada pembentukan deosiribonuekleik asid (DNA)

Kolagen
  • Merencatkan proses penuaan,
  • mengurangkan pembentukan kedutan kulit
  • Mempercepatkan proses pemulihan luka
  • Meningkatkan sistem imunisasi Kondroitin & Glukosamin
  • Melegakan sakit akibat osteoarthiritis
  • Meransang pembentukan dan pemulihan tulang rawan
  • Membantu pertumbuhan tulang dan gigi
Omega-3
  • Merendahkan kolestrol dalam darah
  • Melindungi arteri
  • Mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung
  • Memperbaiki kesihatan mental
Mineral-mineral

Kalsium
  • Membentuk tulang dan gigi
  • Memantau sistem peredaran darah
  • Meregulasikan denyutan jantung
Zat Besi
  • Penting dalam pengangkutan oksigen dan metabolisme
  • Diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang sihat.
Iodin
  • Perlu bagi sistem tiroid untuk berfungsi dengan normal
Selenium
  • Sebagai antioksidan
  • Mempertahankan sel-sel badan daripada radikal-radikal bebas
  • Mengelakkan kerosakkan sel
Vanadium
  • Mengurangkan penghasilan kolestrol
  • Terlibat dalam proses katekotamin dan metabolisme lipid serta dalam pembentukan sel-sel darah merah
Kronium
  • Menambahkan bilangan reseptor insulin pada membran sel dan menggalakkan pelekatan insulin pada sel-sel
  • Merendahkan paras gula dalam darah
  • Memperbaiki masalah diabetes melitus (kencing manis
Mukopolisakarida sulfat (sebahagian besarnya chondroitin sulfat).
  • Chondroitin sulfat, yang mengandungi glucosaminoglycans (GAGs) mempunyai kesan yang baik dalam merawat osteoartritis dan lapik saluran usus. Ia juga satu komponen penting dasar membran di bawah kulit
  • Glucosamine sulfat juga adalah berkesan dalam memulihkan kecederaan.
  • Chondroitin sulfat adalah satu juzuk penting rawan, yang memberi struktur, menampung air dan khasiat serta membenarkan molekul lain melalui rawan – (satu sifat yang penting kerana tiada bekalan darah yang sampai ke rawan). 
Kebaikan Lain
  • Meningkatkan sistem imun
  • Merencat pertumbuhan sel-sel kanser
  • Menggalakkan pertumbuhan sel


•  Satu kajian di Universiti Queensland terhadap gamat menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai satu anti keradangan dan membantu dalam pembinaan semula sendi artritis.


•  . Satu lagi kajian oleh Dr. Mitchell Kurk, Pengarah Perubatan Pusat Pencergasan Semula Bioperubatan di Lawrence, New York, menunjukkan satu pemulihan sebanyak 70% dalam pesakit artritis daripada penggunaan gamat.

•  Saponin (glycoside pain basi), yang berstruktur sama dengan Ganoderma, ginseng dan herba tonik yang terkenal lain. Saponin mempunyai sifat anti-kanser.

•  Mengandungi asid lemak sama yang terkandung dalam minyak ikan yang memberi khasiat kepada otak dan jantung, seperti EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic) yang unik dalam ikan.

•  Lectin, satu bentuk gula dengan aktiviti anti-kanser daripada Holothuria spp. Ia juga mempunyai kesan terapi terhadap HIV.

       Kajian terhadap gamat menunjukkan bahawa ia mengandungi faktor tumbesaran sel yang merangsang penghasilan sel baru dan berkesan dalam memulihkan kecederaan. Ia juga berkesan dalam merawat perdarahan dalaman seperti ulser gaster dan peptik.

       Dengan begitu banyak khasiat yang terkandung dalam gamat, tidak hairanlah ia dikenali dengan begitu banyak nama. Ia juga dikatakan penuh dengan kebaikan kerana ia mempunyai banyak fungsi yang memberikan kesihatan kepada pengguna. Gamat semakin terkenal kerana lebih ramai pengguna di serata dunia mula menyedari akan kebaikannya, yang bukan hanya jelas daripada banyak testimoni daripada pengguna, tetapi juga kajian kesihatan dan makmal yang dijalankan oleh penyelidik.
Continue...


Ciri-ciri isteri solehah

Posted by rahman on 8:10 PM 0 comments

Ciri-ciri isteri solehah
* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.


* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.


* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.


* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.


* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.


* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.


* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.


* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.


* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.


* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.


* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan

sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang. 

Continue...


ciri-ciri suami soleh

Posted by rahman on 12:55 AM 0 comments

ciri-ciri suami soleh
* Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasulnya dan dapat pula membimbing isterinya.
 
* Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
 
* Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
 
* Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
 
* Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
 
* Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
 
* Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
 
* Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
 
* Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya
 
* Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak di dedahkan kepada orang lain
 
* Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
 
* Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya
 
* Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya
 
* Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaan sedih
 
* Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin
 
* Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain
 
* Suami yang dapat menyelidik secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
 
* Suami yang bijak dalam memimpin tumah tangganya dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

Continue...


tips perniagaan1

Posted by rahman on 12:49 AM 0 comments

Sebelum memulakan sebarang perniagaan, buat kajian terlebih dahulu mengenai potensi penerimaan pasaran berkaitan perniagaan yang bakal di mulakan. Jangan memilih perniagaan disebabkan minat anda semata-mata.


Kumpulkan sebanyak mungkin info-info berkaitan gerak kerja tokoh-tokoh yang telah berjaya dalam bidang tersebut. Bandingkan dengan diri anda untuk mengetahui sama ada perniagaan tersebut sesuai ataupun tidak dengan diri anda.

Continue...